DIPLOMA IN MULTIMEDIA APPLICATION,KLMU/CICT
© PROJECT DMA 2010,MUHAMAD TAUFIK BIN KAMARUDIN
SINOPSIS – 10 TAHUN AKAN DATANG
Video Pengumuman Khidmat Awam merdeka "10 Tahun Akan Datang" ialah merupakan video yang
menghimpunkan beberapa pandangan para pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum tentang impian hidup mereka untuk jangka masa sepuluh tahun akan datang menerusi pelbagai aspek seperti kehidupan, pekerjaan, pembelajaran dan sebagainya. Hal ini bersesuaian tentang tujuan video ini untuk mengetahui siapa diri pelajar dan di mana mereka berada dalam jangka masa sepuluh tahun akan datang.
Motif saya menggunakan pelajar sekolah kerana pada pandangan saya mereka merupakan insan yang belum lagi melangkah ke alam Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan alam pekerjaan. Selain itu, fikiran mereka juga masih lagi bersih kerana misi mereka ke sekolah hanya untuk belajar dan berkawan. Mereka juga merupakan bakal perintis ke arah untuk memertabatkan maruah negara kerana mereka mempunyai impian yang amat berfeadah untuk negara.
Di samping itu, saya memilih tajuk "10 Tahun Akan Datang" kerana pada masa sepuluh tahun akan datang Malaysia mencapai matlamat wawasan 2020 iaitu wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. Beliau pernah menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yangmaju dan berdaya saing pada tahun 2020. Oleh itu, saya cuba mengambil ilham tersebut dan menggarapkannya semula menjadi lebih dekat pada kehidupan disekeliling kita.
Selain itu, setiap pandangan yang terdapat dalam video Pengumuman Khidmat awam ini membawa maksud yang tersirat dan perlu difikirkan. Sebagai contoh, setiap ibu bapa menyarankan anak mereka bekerja dengan sektor kerajaan kerana lebih terjamin. Juga, seorang wanita selalunya akan berkahwin awal untuk mengelakkan masalah andalusia atau andartu. Kadangkala kaum wanita dan lelaki lebih mementingkan kerjaya daripada hal lain dan suka memilih pekerjaan yang mempunyai kelas dan taraf tersendiri tanpa memikirkan kesannya nanti. Oleh yang demikian, hal ini jelas menunjukkan bahawa kita sudah mempunyai pelbagai persediaan untuk menghadapi kehidupan pada masa hadapan.
Kesimpulannya, semua orang mempunyai impian dan visi dalam hidup untuk sepuluh tahun akan datang tetapi kita juga harus fikirkan apa yang berlaku pada Malaysia dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Mampukah kita untuk mencapai wawasan 2020. Moralnya, Sebagai seorang rakyat yang merdeka kita harus merancang kehidupan kita sejak dari awal lagi agar kita menjadi insan yang berjaya di masa akan datang. Begitu juga dengan negara kita Malaysia, kita harus menjadikannya sebagai sebuah negara yang produktif di masa akan datang dan berusaha mencapai matlamat wawasan 2020.
© PROJECT DMA 2010,MUHAMAD TAUFIK BIN KAMARUDIN
No comments:
Post a Comment