Friday, February 11, 2011

Music Video - Bencinta



Prepared for Astro Nextgen Contentpreneur Awards 2009

Video Klip ini 100 menggunakan Kamera Video dan setiap babak dalam video klip ini mempunyai kamera shot yang kreatif DAN WARNA YANG DIGUNAKAN DALAM VIDEO KLIP INI ADALAH HITAM DAN PUTIH. Video klip ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang berada di dalam satu bilik yang gelap, ketika itu dia berada di dalam kebuntuan memikirkan tentang nasib hidupnya & kekasihnya yang dicintanya dan dibencinya. Disaat lelaki itu berada di dalam kebuntuan dia juga turut diganggu dengan igauan-igauan silamnya seperti igauan hidupnya penuh dengan tekanan oleh orang-orang disekeliling hidupnya dan juga igauan kekasihnya apa yang lebih berat sekali bagainya apabila beberapa keping gambar wajah kekasihnya juga berada di hadapannya. Kemudian, lelaki tersebut mengambil jaketnya dan terus keluar dari bilik yang kelam itu, kemudian lelaki tersebut terus berjalan di suatu kawasan untuk menghilangkan kebuntuannya. Semasa lelaki itu berjalan, lelaki itu terbayang-bayang kelibat kekasihnya yang berada di hadapannya sendiri sambil tersenyum dan berlari-lari kecil, tapi lelaki itu tidak mengendahkan bayangan tersebut. Sampai di suatu ketika lelaki itu cuba menyentuh bayangan kekasihnya itu.Tiba-tiba persekitaran tersebut bertukar menjadi gelap dan cerah. Disaat itu lelaki tersebut berada dihadapan kekasihnya, lau lelaki tersebut melepaskan segala rasa emosinya kepada kekasihnya yang bayangan kekasihnya kian hilang di hadapannya sehingga lelaki tersebut terpaksa mengejar bayangan kekasihnya itu.

No comments:

Post a Comment